
Hari Jumaat lepas bersamaan 19 june 2009, selepas selesai buat 'over time' di office, dalam pukul 10.00 p.m. Aku bersama isteri tersayang merancang nak pergi ke kedai makan boyo di Cheras, tetiba dapat satu call... Atan yang call rupanya (pengapit aku masa kawin kat seremban).. dia nak mintak tolong dari aku supaya jadi pengapit dia pada hari ahad nanti.. hehe..
perbualan kami lebih kurang macam nie..
aku : "halo"
atan: "halo bro. wira, aku nak mintak tolong skit bleh?"
aku : "bleh, Tolong apa ek?"
atan : "Tolong jadi pengapit aku bleh?"
aku : "bleh tp kata kengkawan ko jadi pengapit?"
atan : "diorang malu bro.."
aku : "ok bro, aku jadi pengapit ko nnt tp baju melayu aku xder.. camne?"
atan: "aku ada. Nanti aku hantar kat rumah ko."
aku : "orite"
atan : "satu lagi bro, nak mintak tolong ko jadi guide jalan belah ipar aku, diorg dari Putra Height.diorg tatau jalan ke rumah aku."
aku : "ok, nanti suruh diorg tunggu aku kat Tol LDP selatan, puchong."
atan : "ok. nanti aku bagitau diorg"
aku : "orite"
lebih kurang gitu la perbualan kami.
Pada hari ahad bersamaan <21 june 2009, pagi-pagi lagi atan hantar baju melayu kat rumah aku.. huhu.. dalam pukul 11.30 a.m, aku dan isteri aku tunggu la rombongan ipar atan kat tol tersebut. Punya la lama tunggu diorg.. janji pukul 11.30 a.m, Alih² pukul 12.30 p.m diorg sampai kat tol tu.. biasa la.. janji melayu.. huhu

on the way ke Tol LDP Puchong Selatan
diorang sampai je, kami terus bergerak ke lokasi dituju. Dalam kelajuan 80km/j, tetiba aku dapat call dari atan, rombongan ipar dia mengadu kat atan. Bagitau suruh aku slow skit pasal laju sangat. Erkkk.. Laju sangat ke, huhuhu,, padahal 80km/j je aku bawak. Atau meter keter aku rosak.. huhuhu.. Atan suruh aku bawak je laju, pesuli kan diorg tu.. kang lambat lak nak sampai ke majlis kawin dia.
Dalam pukul 1.00 p.m, Aku dan rombongan ipar atan sampai di Petronas sebelah Tesco Ampang. Atan aku lihat dah sampai kat sini dengan bini dia.. Spidy dan Trabur pun dah sampai situ.. Kete spidy skali lagi jadi kete pengantin. maklum la kete lawa.. hehe.. forge lite baru pasang tu.. kitorang semua terus bergerak ke Tama Melati iaitu rumah Atan sambil berkonvoi sebanyak 7 buah kenderaan.


Sampai di Majlis kenduri dalam pukul 1.30 p.m. Susah gak nak cari parking kete, Maklum la rumah flet. kete byk.. terpaksa la main parking je.. huhu.. dah settle semua parking kete...


kami terus berarak ke kenduri kawin.. berdebat lak aku, macam aku lak yg nak kawin.. muahahaha... majlis bertandang ni takder bersanding.. kata atan, ayah dia x bagi.. ok la tu.. lepas berarak terus ke meja makan pengantin.. makan time.. perut lapar dah.. hehe.. selamat aku.. dalam pukul 2.30 p.m, settle tugas aku jadi pengapit.. fuhhh lega.. heheh



dari kiri : aku, isteri ke, ayu, atan, trabur, alia dan spidy
SELAMAT PERNGANTIN BARU ATAN DAN AYU dari kami wira dan fatin.
more pic click here.

No comments:
Post a Comment