Tahun ni opis aku buat trip ke Surabaya lak.. huhu.. Asyik Indon je.. makan tempe je la.. wakakakak... Surabaya bermaksud BUAYA dan JERUNG. Tahun ni gak aku kali pertama pergi bercuti bersama isteri tersayang aku.. huhuh, ala-ala berbulan madu tapi x pun.. kekeke..
Sekali lagi trip ini kami naiki Air Asia Airline.. nasib baik tahun ni Air Asia dan upgraded sikit susunan tempat duduk... memasing kena duduk mengikut nombor yang disediakan. Teratur sikit dan tak berebut² lagi.. Tak macam tahun-tahun yang lepas.. macam naik bas mini wilayah je.. Flight kami ada dua group. Satu group naik MAS kat KLIA dan satu lagi naik Air ASIA kat LCCT. Aku ngan isteri aku bersama Adli ngan anak isteri dia naik Air Asia.. huhuh.. sian kami kan...Flight pukul 10.15 a.m, pukul 7.30 a.m pagi dah nak kena sampai LCCT..
Jam 12.45 p.m kitorang sampai di airport Surabaya, seterusnya di bawa terus ke shopping kompleks City of Tomorrow di bandaraya Surabaya kerana group yang menaiki MAS airlines sudah sampai awal. Kemudian di bawa ke Restoran Dapur Desa untuk menjamu selera. Dan terus ke Hotel penginapan iaitu Hotel Inna Simpang berdekatan Tunjungan Plaza ( orang sana sebut "teipei").
Aktiviti yang telah dijalankan seperti berikut:-
Hari pertama (Sabtu) - sampai surabaya, lunch, check-in hotel Inna simpang, free and easy (minor shopping kat Tunjungan Plaza).
Hari kedua (Ahad) - breakfast kat hotel, bergerak ke Apple Garden di Batu City ( 3 jam perjalanan), singgah ke Tanggulangin ( shopping barangan kulit - harga pelbagai dari termahal ke yang termurah), Dinner kat restoran Oriental then balik hotel.
Hari ketiga (Isnin) - breakfast kat hotel, melawat Monument Kapal Selam (kapal Selam pertama milik TNI), shopping di Batik & Silk Centre di Butik Mirota, shopping lagi di Pasar Turi (tempat membeli belah seperti di Tanah Abang, Jakarta), terus ke Ampel untuk ziarah makam walisongo (sunan Ampel), selepas tu balik Hotel dan Dinner di Restoran Javana.
Hari Keempat (selasa - Last day) - breakfast kat hotel, free and easy, isteri aku g buat rambut curling kat salon sana sebagai tanda kenangan dia sampai kat surabaya.. hehehe... dalam pukul 12.00 p.m check-out hotel then terus dinner di restoran Javana sekali lagi. dalam on the way to airport, sempat lagi singgah kat mirota untuk last shopping kat Surabaya. Flight pukul 6.30 p.m waktu surabaya ke K.L, sampai di LCCT dalam pukul 10.45 p.m waktu malaysia.
ok lah.. malas nak karang lagi.. tgk je la slide show ekk..

No comments:
Post a Comment